Forum Serantau ASEAN (ARF) HDUCIM KE-24
FORUM SERANTAU ASEAN KE-24: MESYUARAT KETUA UNIVERSITI/KOLEJ DAN INSTITUSI PERTAHANAN (ARF HDUCIM) Delegasi Malaysia diketuai oleh Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, serta dihadiri pengurusan tertinggi Universiti, wakil MINDEF, KLN dan KDN. Sebanyak 27 buah negara (ASEAN dan negara-negara Indo Pasifik) akan menyertai forum ini. Terdapat tiga sesi pembentangan berfokuskan keselamatan, keamanan dan kestabilan serantau di bawah payung akademik dan kepimpinan pertahanan. Tiga pembentang dari UPNM adalah Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Lt Jen Dato' Fadzil bin Mokhar (Bersara) dan Prof. Dato' Dr. Jesbil Singh Sandhu. Lt Jen Dato' Hasagaya akan mempengerusikan sesi ke-3 dengan sub- tema bertajuk 'Collaboration and Cooperation for Peace'. Di akhir acara, Pakistan akan menyerahkan sesi penganjuran 25th ARF HDUCIM pada tahun 2022 kepada Malaysia.